Program Entrepreneurship Explorace Day telah diadakan selama 2 hari sempena Festival Konvokesyen Politeknik Nilai kali ke-12 (FESKOP12). Program ini melibatkan aktiviti jualan dan pertandingan oleh pelajar yang mengambil kursus Digital Entrepreneurship. Program hari kedua dimulakan dengan aktiviti Entrepreneurial Energizer  dan diteruskan dengan aktiviti ceramah e-Sport sebagai Sumber Pendapatan dan Tik Tok for Business. Semua pelajar yang mengambil kursus Entrepreneurship pula berpeluang untuk menyertai aktiviti Entrepreneurship Explorace di mana pelajar berpeluang untuk menjual produk jualan dan meningkatkan kemahiran serta memberi nilai tambah kepada pelajar dalam bidang keusahawanan.