Pusat Sumber
Pengenalan
Pengenalan
Pusat Sumber PNS merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan para pelajar pada masa hadapan. Ditubuhkan seiring penubuhan Politeknik Nilai pada tahun 2007 dan memulakan operasi pada tahun 2008. Bangunan Pusat Sumber dua tingkat ini dilengkapi dengan semua perabot serta peralatan termasuk komputer yang diperlukan untuk membantu sistem pengoperasiannya. Pusat Sumber ini juga mampu menempatkan sehingga seramai 1,000 pengguna pada satu-satu masa.
Pusat Sumber PNS sentiasa berusaha untuk memantapkan mutu perkhidmatan agar sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa warga PNS terutama dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Bagi tujuan tersebut, pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti:
- Perkhidmatan Sirkulasi
- Perkhidmatan Rujukan
- Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
- Perkhidmatan Internet
- Perkhidmatan WebOPAC
Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Pusat Sumber PNS bagi menyokong pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan warga PNS ialah seperti:
- Ruang Bacaan
- Ruang Bacaan Santai
- Ruang Pameran
- Pusat Komputer
- Bilik Perbincangan
- Karel
- Loker
Terdiri daripada pelbagai subjek dan disusun di rak terbuka dan bilik ‘Red Spot’ (Aras 1) sebagai rujukan dan peminjaman. Bahan terdiri daripada koleksi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pusat Sumber PNS menggunakan sistem klasifikasi ‘Library of Congress Classification’ (LCC) dalam menentukan nombor panggilan bagi bahan dan ‘Library of Cataloguing Subject Heading’ (LCSH) bagi menentukan tajuk perkara. Kedua-dua ini digunakan bagi penyusunan bahan di atas rak.
- Details
- Hits: 6476