SmartGreen Politeknik Nilai yang diwakili oleh LAr. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham dan Pn. Siti Assila binti Murtijan, pensyarah kanan di Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri telah mengadakan lawatan ke pameran International Green Tech & Ecoproduct Exhibition and Conference Malaysia 2024 (IGEM 2024).

Tujuan lawatan ini adalah bagi tujuan pertemuan bersama industri yang mengaplikasikan amalan teknologi hijau di samping melihat teknologi-teknologi baharu dari seluruh dunia.

Pameran ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 9 - 11 oktober 2024 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

 Antara Industri yang turut mengadakan pameran adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysia Green Building Council (MGBC), Green Building Index (GBI), PETRONAS, SUK Negeri Sembilan, SWM Corp dan ramai lagi.