Seramai 4 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai telah menyertai pertandingan 'Indonesia Inventors Day 2024' (IID2024) bertempat di Aston Denpasar Hotel & Convention Center, Bali Indonesia.

Program yang berlangsung selama 5 hari itu telah disertai dari pelbagai negara dan peringkat peserta. Politeknik Nilai, Malaysia telah memperkenalkan set pembelajaran IoT yang dinamakan 'Switchless Kit' sebagai produk inovasi yang dipertandingkan. Pada pertandingan tersebut Politeknik Nilai telah memperolehi Pingat PERAK serta sijil penghargaan.

Tahniah pada peserta yang terlibat iaitu Dr. Mazyan binti Yahaya, Pn. Maheran binti Sulaiman, En. Mohd Nazrulazlan bin Abd Rasid dan En. Mohd Saifuddin bin Haji Ahmad.

Video pautan (e-learning PNS): https://www.youtube.com/watch?v=-FEnkenPyQw