Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-67, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 dengan kerjasama Pembimbing Rakan Siswa (PRS), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) bertempat di Dewan Sri Putra. Program ini melibatkan pelajar-pelajar di asrama. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah:

• PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN
• ⁠PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER DIGITAL
• ⁠PERTANDINGAN SOLEKAN
• ⁠FUN RUN MERDEKA

Terima kasih kepada Koperasi Politeknik Nilai kerana telah memberi sokongan kepada program ini dengan sumbangan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

Program ini telah memberi impak yang sangat besar dengan membangkitkan rasa patriotisme dan semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Politeknik Nilai.