Politeknik Nilai berbesar hati menerima kunjungan YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir ke rumah anggur PNS di _vineyard edugarden@PNS_
 
YB Menteri Pendidikan Tinggi disambut oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai bersama staf dan pelajar.
 
YB Menteri Pendidikan Tinggi sempat berbual mesra bersama pelajar dan berkongsi tentang projek inovasi anggur, cendawan, salad, tisu kultur, penghasilan kuih bulan dan sabun.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), En. Mohamad Azhan Md Amir; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail dan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).