Menjelang dua minggu lagi pelaksanaan Politeknik Nilai Inbound Students' Mobility Programme 2024 (ISMoP@PNS), satu mesyuarat melibatkan Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Program serta Ketua-Ketua Unit telah diadakan di Bilik Raflesia. Mesyuarat telah membincangkan gerak kerja lebih terperinci mengenai pelaksanaan ISMoP@PNS daripada aspek aktiviti akademik dan sokongan akademik sepanjang 14 hari para pelajar antarabangsa tersebut berada di Politeknik Nilai.

Seramai 11 orang pelajar antarabangsa dari Universitas Islam Indonesia Jogjakarta, Universitas Muhammadiah Malang, Bogor Agriculture University dan Politeknik Negeri Medan akan menyertai ISMoP@PNS 2024. Impak melalui program ini adalah merangkumi 3 aspek utama kepada Negara, institusi dan pelajar itu sendiri.

Impak kepada Institusi
i. Memenuhi teras pertama dalam Pelan Strategik Politeknik Malaysia (2018-2025) iaitu menghasilkan graduan TVET yang berkualiti melalui promosi dan membudayakan kewarganegaraan global
ii. Menggalakkan mobiliti pelajar dalam dan luar negara
iii. Mempromosi kecemerlangan Politeknik Nilai di persada Asia Tenggara
 
Impak kepada Pelajar
i. Memperkukuhkan persaingan global, pengetahuan dan kemahiran teknik
ii. Mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap budaya luar
iii. Meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
iv. Menambah nilai kepada pengalaman pengantarabangsaan.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Nilai, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria bersama Pn. Khuzaimah binti Baharuddin, Ketua Unit Pengantarabangsaan. Pembentangan rangka pelaksanaan telah dibentangkan oleh Pn. Isrulhasrita Ismail, Ketua Jabatan Perdagangan, Ts. Khairul Nizam bin Kamarudin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Ts. Mohd Yazid bin Rahman, Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri
 
Semoga program ini berjalan lancar, selari dengan fokus ke-4 JPPKK 2024 iaitu mempergiat pengantarabangsaan.