Lawatan Penandaarasan Flagship i-Entertainment telah disertai oleh 23 orang pensyarah Politeknik Nilai ke Kolej Komuniti Selayang. Antara objektif lawatan penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi amalan terbaik dari Kolej Komuniti Selayang dalam melaksanakan projek flagship. Selain itu, ia bertujuan untuk meneroka teknologi baharu yang boleh digunapakai serta lawatan fasiliti bagi mendapatkan inspirasi untuk diaplikasikan dalam operasi flagship Smart Retail Hub di Politeknik Nilai kelak.