Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah terlibat secara langsung dalam Pameran Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertemakan "Jiwa Merdeka". Pameran ini akan berlangsung mulai 1 - 31 Ogos 2024 (Khamis - Sabtu) bertempat di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi. Politeknik Nilai telah dilantik sebagai pempamer pameran tersebut.