Unit Teknologi Pendidikan dan Multimedia (UTPM) dan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pdngkomersialan (UPIK) telah mengadakan Taklimat Penerbitan eBOOK bagi peserta SKT eBOOK 2024 bersama-sama dengan staf Politeknik Nilai yang berminat mendapatkan maklumat mengenai penerbitan. Penyertaan terbuka kepada semua warga Politeknik Nilai dan kehadiran adalah WAJIB bagi peserta SKT eBOOK 2024 Politeknik Nilai. Perkongsian telah disampaikan oleh Dr. Hajah Nor Hayati Fatmi binti Talib, Ketua Unit Penerbitan, Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) dan dibantu oleh Puan Zauyah binti Azman bagi menyelaras peserta eBOOK Politeknik Nilai 2024.