Politeknik Nilai telah dijemput untuk mengadakan pameran dan promosi pendidikan sempena Karnival Pendidikan dan Pameran Kerjaya bertempat di SMK Seremban 2, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dan hala tuju selepas SPM kepada pelajar sekolah. Program ini juga membuka ruang untuk institusi awam dan swasta yang lain untuk mengadakan program promosi antaranya Kolej Vokasional Kuala Klawang, Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, KLIA College, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Global Institute Of Studies (GIS), Saito University College, Mila University, Management & Science University (MSU), INTI International Education Sdn Bhd, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), University of Cyberjaya, University of Reading Malaysia, Nilai University dan lain-lain.