Program ini khusus untuk meraikan ahli Rakan Pusat Islam (RAPI) semester 5 dan memberi penghargaan kepada mereka setelah memberi komitmen yang baik sepanjang berada di dalam organisasi.
 
Antara penghargaan yang diberikan ialah Anugerah Senior dan penghargaan bagi Ahli Jawatankuasa Rakan Pusat Islam (RAPI).
 
Pelbagai gimik dan persembahan yang menarik dipersembahkan sepanjang majlis berlangsung seperti tayangan montage dan syair.
 
Program ini juga disambut meriah dengan jemputan khas dari organisasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK).