Lawatan muhibbah ke rumah keluarga Allahyarham Aisy Qayyum bin Adi Putera di Taman Pasir Emas, Klebang Besar, Melaka. Allahyarham Aisy Qayyum, pelajar semester 4 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan pada 17 Mei 2024 (Jumaat). Antara pegawai yang turut serta dalam lawatan ini adalah:
 
1. Ts. Muhammad Hamizan bin Ab Hamid (Ketua Unit Kebajikan dan Disiplin)
2. En. Izham Effendy bin Ismail (KP DKM)
3. En. Hanim bin Saif @ Saib (Pegawai Kebajikan JKM)
4. Ts. Dr. Faraziah binti Hassan (Penasihat Akademik Pelajar)
5. Pn. Noor Assifa bin Jamaluddin (SV Project 1)
6. En. Mohd Samsul bin Atan (pensyarah JKM)
7. Pn. Erna Ruhaily binti Rusli (KK JMSK)
8. Pn. Aida binti Ali @ Aziz (pensyarah JMSK)
 
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.