Program Bioprestige Award Day ini telah berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club bagi meraikan pelajar-pelajar semester 5 yang akan meneruskan Latihan Industri pada semester hadapan. Program diadakan khusus untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar semester 5 yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah-pensyarah Diploma Bioteknologi Politeknik Nilai.