Taklimat ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama dan dianjurkan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI). Taklimat ini melibatkan pelajar yang akan menjalani latihan industri pada Sesi I: 2024/2025.
 
Taklimat diadakan bagi memberi maklumat bagi persediaan kepada pelajar berkenaan proses dan juga etika semasa menjalani latihan industri dan juga peraturan serta etika dan proses setelah tamat latihan industri dan juga proses penilaian
 
Selain itu juga, taklimat persediaan ini juga merupakan keperluan wajib bagi dijalankan merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri (LI) Politeknik Malaysia Edisi 2022 yang dikeluarkan oleh Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
 
Taklimat bermula pada jam 2.00 petang dan disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Encik Samsul Nizam bin Abd Rahim.