Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat Kebangsaan pada 4 - 5 Disember 2023. Seramai 5 orang pegawai daripada Politeknik Nilai telah hadir bagi menyokong dan memeriahkan Majlis Perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat Kebangsaan di Dewan Damar Sari 1, Aras 3, Blok F8, Parcel F, Presint 1, Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.