Program Penandaarasan Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ke Kodai.My telah diadakan bagi merancang ruang Retail Simulation Store (RSS) di PMKL. Ianya adalah untuk memenuhi keperluan kurikulum DRM. Delegasi Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ini melibatkan 7 orang pensyarah PMKL dan seorang wakil daripada Bahagian Kurikulum JPPKK. Antara aktiviti penandaarasan ini adalah diskusi berkaitan kursus-kursus DRM yang dijalankan di Kodai.My dan pengurusan Kodai.My oleh pelajar DRM4.