COMRISE 2023 adalah pembentangan kursus projek akhir Jabatan Perdagangan yang telah berlangsung di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai dan melibatkan seramai 233 orang pelajar semester 5 daripada 4 program iaitu Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB), Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan(DLS), Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) dan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DBS).
 
Sebanyak 54 kumpulan telah membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dibangunkan selama 12 minggu. Panel penilai terdiri daripada 2 orang daripada AMANZ Media Sdn Bhd dan 11 orang dalam kalangan pensyarah Politeknik Malaysia. Diharap dengan pameran projek ini menjadi satu platform yang dapat memberi pendedahan potensi pelajar dalam bidang penyelidikan & inovasi dan seterusnya membuka peluang untuk proses pengkomersialan pada tahap yang lebih tinggi.