Politeknik Nilai telah turun padang sekali lagi untuk bersama SyriaCare dalam Program Warm Their Winter di Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam yang bermula 14 Oktober 2023 (Sabtu) sehingga 22 Oktober 2023 (Ahad). Hari ini adalah hari kedua Politeknik Nilai bersama membantu mengumpul dan membungkus pakaian musim sejuk untuk rakyat Syria yang hidup dalam keadaan susah. Seramai 17 orang pensyarah/staf dan 8 orang pelajar Politeknik Nilai telah menjayakan program pada hari ini. Selain Politeknik Nilai, UiTM Shah Alam, UPSI dan MSU turut bersama membantu bagi menyokong usaha murni ini.