Program Gotong Royong Perdana Pusat Islam Al - Kauthar telah dilaksanakan mengikut pembahagian kawasan dan jabatan.
 
Program ini bagi meningkatkan aspek kebersihan dan keceriaan di Pusat Islam Al - Kauthar. Antara ruang yang dibersihkan adalah:
1. Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri - Landskap luar Pusat Islam
2. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - Kebersihan keceriaan ruang wuduk dan tandas lelaki
3. Jabatan Perdagangan - Kebersihan keceriaan ruang wuduk dan tandas wanita
4. Jabatan Pengajian Am - Kebersihan dan keceriaan ruang solat lelaki dan wanita
5. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer - Pemasangan karpet Bilik Mesyuarat Pusat Islam
6. Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan - Pemasangan (Air Conditioner) Bilik Mesyuarat Pusat Islam