Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am telah mengadakan Semibar Teknik Menjawab Peperiksaan MUET Sesi 3/2023 bagi calon Politeknik Nilai yang akan menduduki Peperiksaan MUET. Seminar ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama dan telah disertai oleh 107 orang peserta dari semua jabatan yang diselaraskan oleh 2 orang pensyarah dari Unit Bahasa Inggeris iaitu Pn. Shammine Dharmalingam dan Pn. Arnie Chiah Liling.
 
2 orang penceramah berpengalaman iaitu En. A. Vicnesuaran dan Pn. Saresvathy telah dijemput bagi menyampaikan sedikit perkongsian tentang tips serta teknik menjawab komponen Peperiksaan MUET iaitu Listening, Reading, Writing & Speaking.