Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah berjaya mengadakan Kursus Asas Aplikasi IOT 2.0 bagi pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai. Perbezaan kursus ini ialah pada praktikalnya di mana pensyarah akan diajar pemasangan dan ‘troubleshoot’ komponen-komponen yang terlibat di dalam perkakasan elektrik dan elektronik yang melibatkan IoT.
 
Modul ini dibangunkan khusus untuk pensyarah/guru/pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang ingin pengalaman baru dalam membangunkan projek IoT ringkas. Melalui asas ini, peserta boleh menyelami bidang ini dengan lebih mendalam.
 
Terima kasih pada PSH, Politeknik Nilai serta penceramah En. Mohd Taufik Rezza bin Mohd Foudzi serta para peserta yang terlibat. Semoga ianya boleh memberi impak kepada inovasi dalam tugas dan penyampaian idea kepada projek pelajar akan datang.