Suruhanjaya Pilihan Rava Malaysia (SPR) telah mengadakan satu sesi taklimat kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bertujuan untuk memberi pemahaman dan penjelasan berkaitan peranan dan tugas PP-KPR semasa Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Ke-15 berlangsung terutamanya sepanjang tempoh berkempen. Taklimat ini telah disampaikan oleh Bahagian Pembangunan Operasi dan Pemantauan, Ibu Pejabat SPR dibantu oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang SPR. Taklimat ini telah diadakan di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Seremban.