Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas pada 05 Julai 2023 dan telah menetapkan tarikh- permohonan bagi undi pos Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN)Ke-15 adalah bermula pada 15 Julai 2023 dan ditetapkan seperti berikut:
 
Tarikh Tutup Undi Pos mengikut kategori:
❇️1A - 26 Julai 2023
❇️1B - 8 Julai 2023
❇️1C - 11 Julai 2023
 
Bagi melancarkan urusan penjalanan pilihan raya terutamanya yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Darat (ATM) khususnya di Negeri Sembilan, Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan dengan kerjasama daripada pihak PDRM dan ATM telah membuat pelantikan berdasarkan kepada pencalonan yang telah diberikan oleh pihak pengurusan PDRM dan ATM di Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Seremban yang melibatkan Penolong Pegawai Pengurus (Undi Pos) dan Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB).