Unit Komunikasi dan Perhubungan Korporat (UKK), Politeknik Nilai dengan kerjasama MyKampus Radio telah menganjurkan Program Roadshow bersama 2050. MyKampus Radio merupakan rakan kolaborasi Politeknik Nilai. Program ini telah dilaksanakan setiap tahun dan ini merupakan penganjuran kali ke 3 yang dilaksanakan di Politeknik Nilai.
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendengar pendapat remaja mengenai isu-isu semasa juga membina keyakinan diri serta memberi motivasi kepada mereka untuk memajukan diri demi masa hadapan mereka. Program yang dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai ini telah berlangsung di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai turut hadir En. Zainal Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Mr. Nantha Kumar a/l Kaliaperumal, Chairman Digital Internet Malaysia dan Mr. Praba Ganesan, General Manager MyKampus Radio dan En. Mohd Khairulhazlan Mohamed Zam, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
 
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti Pameran Seni, Free Walk, Mini Game, Quiz Kahoot dan Photo Booth.