Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Festival Kelestarian dan Pembangunan Sains & Teknologi (FLARE FST). Objektif program ini adalah untuk mewujudkan minat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa, melahirkan para belia yang berimpak dalam membincangkan dan memberikan idea serta alternatif untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar selain untuk memperluaskan jaringan mahasiswa melalui kolaborasi yang pelbagai berdasarkan keperluan program. Program ini telah berlangsung di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 30 orang pelajar Politeknik Nilai dan diiringi seorang pensyarah telah menyertai program tersebut.