🌱 Kami dari DBS3 akan mengadakan PROGRAM PNS KE ARAH KAMPUS HIJAU DI BANGUNAN JP bermula 10 - 12 Mei 2023.
 
🌱 Sepanjang program ini dilaksanakan, pelbagai kempen melestarikan kampus PNS akan dilancarkan seperti Kempen Jimat Tenaga, Kempen Jimat Air, Kempen Tanam Tumbuhan Hijau dan Kempen Kitar Semula Barang Terbuang. Kempen-kempen ini merupakan langkah permulaan dalam mempromosikan dan membudayakan amalan lestari serta mesra alam dalam kampus Politeknik Nilai. Namun begitu, amalan-amalan lestari tersebut hendaklah diteruskan walaupun setelah kempen tamat.
 
🌱 Sehubungan itu, diminta kerjasama dan komitmen daripada semua warga PNS untuk mengambil langkah inisiatif dalam membudayakan amalan PNS KE ARAH KAMPUS HIJAU.
 
🌱 Kerjasama dan komitmen daripada semua warga PNS amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.