Kelab Jabatan Perdagangan, Politeknik Nilai dengan kerjasama Kumpulan PNS Prihatin telah mengadakan Program CSR 'Kasih Ramadan' di rumah anak yatim Baitul Barakoh Ummul Qura, Bandar Enstek.
 
Selain menyampaikan sumbangan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemberian duit raya, aktiviti mewarna dan sesi motivasi.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk barangan dan wang ringgit.
 
Dengan penganjuran aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan untuk menghargai kehidupan dan empati dengan masyarakat sekitar.