Program Kenali Diri telah dianjurkan oleh Sistem Penasihat Akademi (SPak) dan Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi). Ceramah ini disampaikan oleh Puan Noorhamiza binti Jusoh@Mohd Nor, pegawai psikologi Politeknik Nilai. Program ini telah melibatkan pelajar semester 1 bagi Jabatan Perdagangan, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).
 
Antara slot program ini adalah Slot Ice Breaking “Stick your future”, Slot Kod Holland dan Slot Kod Gaya Belajar. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai yang turut sama membantu bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kemajuan bersama