KUNJUNGAN ZIARAH DAN SERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
Warga Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB), Politeknik Nilai telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah En. Mohd Zamri bin Muhamad di Sepang, Selangor. Beliau merupakan salah seorang kakitangan Politeknik Nilai yang juga merupakan alumni Diploma Hortikultur Landskap (DLH). Kunjungan ziarah ini bertujuan untuk bertanya khabar seterusnya menyampaikan sumbangan kebajikan yang dikumpul oleh warga JAB untuk beliau. Beliau telah disahkan mengidap kanser paru-paru dan sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Putrajaya. Sumbangan kebajikan tersebut telah disampaikan oleh Pn. Nabilah Zafirah binti Zulkepli, Ketua Program Diploma Hortikultur Landskap. Semoga En. Mohd Zamri diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan serta dijauhkan perkara-perkara yang memudaratkan. Warga Politeknik Nilai mendoakan agar beliau dapat kembali bertugas setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi.
- Details
- Hits: 591