Kursus ini telah berlangsung secara dalam talian yang melibatkan seramai 60 orang pensyarah penasihat akademik dari 3 Jabatan Induk iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
 
Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, En. Zainal bin Ab Rahman. Kursus ini merangkumi 3 slot taklimat iaitu Slot 1: Pemerkasaan SPaK dan Pengurusan iPAD yang disampaikan oleh Pn. Juhaida binti Hassan, Penyelaras SPAk Politeknik Nilai manakala Slot ke 2: Modul Inspirasi MIND dan Psikologi yang disampaikan oleh Pn. Noorhamiza binti Jusoh@Mohd Nor, Pegawai Psikologi Politeknik Nilai dan Slot ke 3: Unit Hal Ehwal Pelajar yang disampaikan oleh En. Mohd Khairulhazlan bin Mohamed Zam, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Pn. Nurul Shafiqah binti Sulaiman.