Program ini telah berlangsung di ruang legar dan Dewan Za'aba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Politeknik Nilai telah diwakili oleh 6 orang ahli PUSPANITA telah hadir bagi menyokong program tersebut. Pelbagai aktiviti dan jualan telah diadakan seperti Pameran Keusahawanan, Pemeriksaan Kesihatan, Jualan Pre-Love, Pameran Gerai Keahlian, Pertandingan Mewarna, Demo Pemakaian Tudung, Pertandingan Busana Warisan, Bicara Santai Wanita dan Aerodance.