Webinar ini merupakan program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) yang telah dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar semester 5 program Diploma in Retail Management (DRM) Politeknik Nilai yang melibatkan penyertaan seramai 64 orang pelajar DRM dan pensyarah Jabatan Perdagangan. Penceramah jemputan adalah Puan Nur Syahira Binti Abdul Rahim, Senior Executive Sustainable and Consumption Production Department dan Encik Muhammad Faiz Bin Abdul Rahman, Executive Sustainable and Consumption Production Department, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pensijilan hijau, Myhijau dan perolehan hijau. Penganjuran webinar ini juga bertujuan memenuhi keperluan CLO2: Organize an academic discourse event on Green Retailing bagi kursus DPR50103 Current Issues in Retailing.