Aktiviti pada Hari Keempat Kem Aspirasi Cuti Sekolah lebih menyeronokkan di mana anak-anak dibawa melawat ke Pusat Sains Negara. Objektif utama lawatan ilmiah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kepada Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di peringkat lebih awal, sekaligus dapat memupuk minat mereka terhadap sains.
Antara aktiviti lain adalah Thinker Your Way Here di mana peserta diberi alatan untuk memasang kereta masing-masing dan aktiviti kedua pula adalah Self Explore di semua tapak pameran.
Seterusnya anak-anak berhenti makan tengah hari di KFC Jambatan Sungai Buloh.