23 - 24 OGOS 2025 | PSH KURSUS ASAS IOT
Unit PSH, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah mengadakan Kursus Asas IOT melibatkan seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 5 Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Politeknik Nilai. Kursus ini telah diadakan di Makmal CAD 1, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).
Tenaga pengajar pakar bagi kursus ini terdiri daripada dua (2) orang pensyarah Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) iaitu En. Mohd Nazrulazlan bin Abd Rasid, Politeknik Nilai (PNS) dan En. Muhammad bin Ahmad Kamal, Politeknik Port Dickson (PPD). Kursus ini juga dibantu oleh fasilitator dalam kalangan pensyarah JKM iaitu En. Mohd Saifuddin bin Haji Ahmad dan Pn. Hajah Maheran binti Sulaiman.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran berkaitan teknologi ''Internet of Things (IOT)'' dalam penghasilan dan penciptaan produk inovasi seterusnya membantu membentuk pelajar yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Melalui penganjuran kursus ini, ia dapat dijadikan satu platform yang baik untuk menggalakkan penglibatan pensyarah dan mengoptimumkan kepakaran pensyarah politeknik dengan melaksanakan perkongsian ilmu bersama pelajar dalam menghasilkan graduan TVET yang berkualiti.
Peserta memberi respon yang amat positif dan terlibat secara aktif semasa sesi berkursus.
- Details
- Hits: 46