23 OGOS 2025 | MAJLIS PERASMIAN KILANG PEMBUATAN KENDERAAN PERISAI MILDEF INTERNATIONAL TECHNOLOGIES SDN BHD
Seramai 11 orang staf Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan 42 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM) termasuk wakil Kelab Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah memenuhi jemputan ke Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Rombongan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) berpeluang melawat dan merasai sendiri suasana persekitaran kilang dan memahami perjalanan pembangunan sebuah kenderaan perisai dari R&D sehingga terhasilnya produk seperti yang dipamerkan. Hasil lawatan ini juga dapat menemukan pelajar JKM dengan Alumni PolyCC yang menjadi warga kerja kilang tersebut, sekaligus menimbulkan minat dan keinginan para pelajar untuk turut serta dalam industri pembangunan kenderaan perisai seawal Latihan Industri (LI) dan jika rezeki menjadi salah seorang tenaga kerja separa mahir di kilang tersebut.
Pihak JKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mildef International Technologies Sdn Bhd dan Pengurusan Politeknik Nilai yang memberi peluang kepada staf dan pelajar JKM menyertai program yang memberi pendedahan kepada staf dan pelajar terhadap pengalaman industri ini.
Diharap lebih banyak program seperti ini akan didedahkan kepada staf dan pelajar JKM pada masa depan.
- Details
- Hits: 32