14 OKTOBER 2024 | PROGRAM GREEN ADVENTURE: EXPLORE, LEARN, REACT
Program Green Adventure: Explore, Learn, React ini telah diadakan di Laman Budaya, Taman Tasik Seremban yang melibatkan seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan para pensyarah Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM). Objektif utama program ini adalah menerapkan sifat kesukarelawanan dalam diri pelajar bagi menjaga alam sekitar dan mencapai Course Learning Outcome (CLO) bagi subjek DPK50183 Event Organization dan DPR50103 Current Issue in Retailing iaitu menganjurkan program akademik mengenai Green Retailing. Program ini merupakan anjuran pelajar semester 5, Program Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM), Jabatan Perdagangan.
Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu bersama penceramah jemputan iaitu Encik Syafiq bin Musa yang merupakan Arkitek Landskap, Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Antara perkongsian yang disampaikan oleh penceramah adalah berkaitan amalan Go Green, cara penjagaan landskap dan pokok serta tips penggunaan barang terpakai. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti gotong-royong di sekitar Laman Budaya dan aktiviti berkumpulan seperti Botol Ka Bowling, Karya Jiwa dan Paper Race. Melalui program ini, para peserta dapat didedahkan dengan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui khidmat sosial yang dilakukan dan juga para peserta dapat mengeratkan hubungan ukhuwah.
- Details
- Hits: 48