Pelajar Program Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan dari kelas DLS3A telah menganjurkan program DLS3A Team Challenge bertempat di PD Maze, Port Dickson sebagai memenuhi keperluan Mini Projek bagi Kursus Principles of Management. Antara pengisian program adalah aktiviti team building berkonsepkan treasure hunt yang memerlukan semua ahli kumpulan bekerjasama bagi merebut hadiah yang ditawarkan. Terdapat 12 check point yang perlu ditempuhi oleh kumpulan dengan cabaran-cabaran yang berbeza di setiap check point. Objektif  utama program adalah  untuk membina semangat kerja berpasukan sesama rakan sekelas. Pelaksanaan mini projek ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan prinsip-prinsip asas pengurusan melalui tugas-tugas yang dilaksanakan bermula dari peringkat perancangan sehinggalah kepada pelaksanaan program. Program telah berlangsung dengan jayanya dan berjalan seperti yang dirancang. Melalui pelaksanaan program, pelajar bukan sahaja mendapat pengalaman dan mengasah kemahiran pengurusan yang diperlukan, malah membina ketrampilan diri terutamanya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.