Mesyuarat persediaan bagi Inbound Students' Mobility Programme (ISMoP@PNS) 2024 telah diadakan secara dalam talian yang dipengerusikan oleh Encik Shuharzi bin Md Salleh, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan dihadiri oleh wakil-wakil institusi dari UMM Malang, UII Jogjakarta, Polmed dan IPB Bogor, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua program dan jawatankuasa pelaksana program.
Mesyuarat ini bertujuan memberi taklimat kepada wakil-wakil institusi yang terlibat berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang 2 minggu iaitu pada 17 – 31 Ogos 2024 pelajar inbound berada di Politeknik Nilai di samping berkongsi pendapat dan harapan. Taklimat kepada pelajar inbound turut diadakan selepas sesi bersama dorsen dijalankan.
Semoga Inbound Students' Mobility Programme (ISMoP@PNS) ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak yang menjayakannya.