Pendaftaran pelajar baharu bagi tawaran susulan rayuan Sesi I: 2024/2025 telah berlangsung di Kafetaria Sri Lawang, Politeknik Nilai. Seramai 40 orang pelajar telah mendaftar. Politeknik Nilai juga telah berjaya memenuhi KPI 100% pelajar mendaftar mengikut norma yang ditetapkan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.