LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) DIPLOMA BIOTEKNOLOGI, JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI, POLITEKNIK NILAI
Diploma Bioteknologi (DBT), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai telah mengadakan lawatan penanda aras (benchmarking). Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kurikulum dan amalan terbaik dalam bidang bioteknologi serta berkongsi ilmu dan pengalaman dengan institusi-institusi lain yang terlibat dalam bidang yang sama.
Objektif lawatan adalah:
✅Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam program Diploma Bioteknologi.
✅Berkongsi amalan terbaik dan inovasi terkini dalam bidang bioteknologi.
✅Menjalin kerjasama yang lebih erat dengan industri dan institusi pendidikan lain.
✅Memenuhi syarat akreditasi MBOT
Tempat yang dilawati adalah:
▶️Analytical Biochemistry Research Center (ABrC), Bukit Jambul, Pulau Pinang
▶️School of Biological Science, USM Pulau Pinang
Lawatan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan telah memberikan banyak input berharga kepada semua peserta.
- Details
- Hits: 123