BENGKEL ROBOTIK SEMPENA PROGRAM LESTARI STEM SMK PERIMBUN
Satu sesi bengkel robotik telah dijalankan bersempena Program Lestari Stem SMK Perimbun, Cheras. Seramai 11 orang fasilitator yang terdiri dari para pensyarah mekatronik dan pelajar Politeknik Nilai telah memimpin sesi bengkel tersebut.
Merujuk kepada silibus RBT tingkatan 3, bengkel ini telah menerapkan elemen-elemen mekatronik di mana bermula dengan pembinaan robot kepada pendawaian dan uji fungsi. Para peserta yang terdiri daripada pelajar RBT tingkatan 3 dilihat begitu bersungguh-sungguh di dalam sesi ini.
Tidak kurang juga diadakan sesi pop kuiz bagi menerapkan ilmu mekatronik kepada peserta.
Secara keseluruhan bengkel ini dilihat mampu menjana ilmu serta praktikaliti mekatronik kepada peserta di samping memupuk minat dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan bidang TVET di Politeknik Nilai.
- Details
- Hits: 120