Petikan Ucapan YAB Menteri Pendidikan Tinggi dalam Majlis Peluncuran Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi pada 12 Januari 2024 "Kita di KPT sebenarnya menggalas bebanan tanggungjawab berat terhadap masyarakat. Justeru, tanggungjawab bersama ini harus dilunaskan dan dituntaskan menerusi gerak kerja berpasukan dengan prinsip “collaboration”, “coordination” and “cooperation”. Tidak kira siapa anda, sama ada pengurusan tertinggi, para pensyarah, kakitangan bukan akademik, staf sokongan, para pelajar, ibu bapa, alumni dan rakan-rakan strategik pendidikan tinggi negara, sahutlah suara ini.
Telah berlangsung perbincangan secara dalam talian di dua 'breakout room' team JKM, team JP dan team Unit Pengantarabangsaan Politeknik Nilai bersama team Universitas Muhammadiah Malang, Indonesia (UMM). Fokus perbincangan ialah mengenai hasrat lawatan penandaarasan Delegasi UMM ke Politeknik Nilai pada 29 Februari 2024 dan peluang kerjasama dan kolaborasi seterusnya bagi kedua-dua institusi. Antara cadangan kolaborasi, koordinasi dan kerjasama akan datang:
1. Perbincangan benchmarking UMM ke Politeknik Nilai
2. Cadangan kolaborasi dari:
a) Kerjasama penyelidikan/dialog/seminar
b) Perkongsian teknologi
c) Mobiliti pensyarah/pelajar
d) Lawatan penandarasan
Perbincangan ini telah dihadiri oleh para pegawai dan pensyarah kedua-dua institusi berikut:
POLITEKNIK NILAI:
Ketua Unit Pengantarabangsaan- Pn Khuzaimah binti Baharuddin
Kolaborasi JP- Dr. Nur Farahin Afiqah binti Daud
Ketua Jabatan Perdagangan- Pn Isrulharita binti Ismail
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal- Ts. Khairul Nizam bin Kamarudin
Ketua Program DIB (DIF)- En. Zul Aizat bin Hamdan dan Pn. Siti Noorain binti Awalludin
Ketua Program DKM - En. Mohamad Fikree bin Alias
Ketua Program DEM - En. Izham Affendy binti Ismail
Penyelaras Antarabangsa JP- Pn. Siti Raudha binti Azis
Penyelaras Antarabangsa JKM - En. Mahathir bin Johar
UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH MALANG, INDONESIA
Ibu Listiari – International Relation Officer
Bapak Syamsul Hadi – Prodi Perbankan dan Kewangan (Fakultas Vokasi – bersama 4 pensyarah
Ibu Iis Siti Aisyah, PhD – Mechanical Engineering (Teknik Mesin)
Para pensyarah: Prof. Dr. idah Zuhroh, Dr. Sri Budi Cantika, Venus Kusuma W, Ida Nuraini, Yunan Syaifullah dan Dhurotus Sangadah