Taklimat Garis Panduan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (CTCE) Politeknik & Kolej Komuniti Edisi 2020 di bawah anjuran Unit Peperiksaan, Politeknik Nilai telah diadakan di Bilik Kuliah 2, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Nilai. Seramai 24 orang peserta di kalangan Ketua Program, Ketua Kursus, wakil Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) dan Penasihat Akademik (PA) Semester 1 pada Sesi II: 2023/2024 telah hadir untuk menjayakan sesi taklimat tersebut.