Program Lawatan Akademik ke HomePro IOI Mall telah dianjurkan oleh pelajar Diploma in Retail (DRM) semester 4 bagi Kursus DPR40063 Retail Operation 2. Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang pensyarah pengiring terlibat dalam program ini. Program lawatan ini m bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan Retail Operation yang diaplikasikan di HomePro untuk pengetahuan pelajar. Taklimat telah disampaikan oleh En. Ariffin dan Pn. Rohashima binti Ramli, HR Division Manager. Taklimat yang disampaikan selama 3 jam itu telah memberi banyak input baru kepada pelajar terutama berkaitan operasi peruncitan untuk diguna pakai semasa sesi pembelajaran praktikal di Kodai.my. Selain itu, hubungan kolaborasi antara Politeknik Nilai dan HomePro dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa