Program “Cabar Diri Inspirasi Anda” telah dijalankan di bawah anjuran Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) bersama Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Nilai (PRS PNS) yang bertempat di Rumah Kanak-Kanak Rembau, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh 30 orang fasilitator yang terdiri daripada Ahli PRS dan Penasihat PRS.
 
Objektif program ini adalah untuk menguji tahap pendirian peserta dalam membuat segala pilihan melalui cabaran yang disediakan dalam aktiviti latihan dalam kumpulan. Melalui program ini juga mereka dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Politeknik Nilai dan Rumah Kanak-Kanak Rembau.
 
"Bina masa depan yang cerah dengan program kami."