Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Nilai telah mengadakan Polytechnic Youth Skill Enhancement Programme 2023 (PolySEP23) pada 14 – 18 Ogos 2023 (Isnin – Jumaat). Objektif program ini adalah bagi memantapkan proses pengurusan, protokol dan etika sebagai pemimpin pelajar dalam menguruskan tugas sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
 
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai bertempat di Dewan Kuliah Utama. Turut hadir adalah En. Zainal bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah.
 
Tuan Pengarah juga telah meluangkan masa untuk merasmikan Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta menyampaikan tazkirah ringkas bagi menaikkan semangat dan motivasi para pemimpin pelajar yang terlibat.