Seorang pelajar Pembimbing Rakan Siswa (PRS), Mira Santika binti Bustami telah mewakili Politeknik Nilai dalam penyertaan Program Psychosocial Kesihatan Mental : Realiti vs Persepsi Peringkat Kebangsaan tahun 2023 bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra, Arau, Perlis.
 
Program ini melibatkan peserta daripada seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti di setiap Negeri. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti melakukan energizer bersama urus setia dan rakan - rakan peserta bagi slot ice - breaking, slot ceramah daripada doktor pakar psikiatri tentang diagnosis kendiri, melakukan aktiviti outreach di Padang Besar dengan menemubual beberapa orang awam berkaitan pengetahuan mereka tentang kesihatan mental serta memberikan pandangan yang sewajarnya kepada orang awam yang meminta pandangan untuk menangani stigma tentang kesihatan mental yang berleluasa dan membuat pembentangan hasil temubual kepada rakan - rakan.