Program Jejak Alumni Usahawan anjuran Unit Keusahawanan dengan kerjasama Unit Alumni Politeknik Nilai ke Fiqah Agrotech di Lahad Datu, Sabah.
 
Berbekalkan pengalaman praktikal dalam pertanian yang dipelajari semasa menjadi pelajar Politeknik Nilai, graduan ini bermula secara kecil-kecilan di rumah dan selepas memenangi pelbagai pertandingan keusahawanan, beliau berjaya memperoleh Geran Agropreneur Muda berjumlah RM20,000.
 
Melalui geran ini, beliau telah mentransformasikan ladang kecil dengan 100 pokok menjadi 1200 pokok dengan pendapatan hampir RM3000 sebulan. Beliau juga bercita-cita untuk meluaskan kawasan tanaman sedia ada yang mampu memberi impak yang lebih besar kepada komuniti setempat.
 
Semoga saudari Nur Shafiqah Farahana binti Kaloq, Alumni Jabatan Agroteknologi dsn Bio-Industri, Politeknik Nilai (JAB PNS) terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.