Kursus ini telah diadakan di Makmal CADD, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB). Ianya sebagai satu platform untuk staf berkongsi kompetensi. Pengetahuan mengenai "Big Data Analytics" boleh digunakan untuk membantu organisasi dalam membuat keputusan berdasarkan data seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan operasi dalam pengurusan tugas hakiki dan sampingan di pejabat. Penceramah program Ts. Sures a/l Narayasami telah berkongsi modul "Introduction to Big Data and Analysis", "Questionnaire Development", "Extract Data from Questionnaire" dan "Data Visualization Using Power BI". Semoga program ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam menguruskan data dan maklumat yang diperolehi dengan mengaplikasikan teknologi tersebut.